Kamera digital atau handphone? Bila sebut tentang fotografi ini adalah antara isu yang selalu jadi perdebatan. Kedua-duanya ada penggemar yang tersendiri. Tetapi bila bercakap tentang hasil dan kualiti yang terbaik siapa pemenangnya?
Kamera Digital vs Kamera Handphone
Ya, zaman sekarang memang banyak handphone flagship yang boleh bersaing dengan kualiti kamera digital. Tetapi banyak kelebihan yang berpihak kepada kamera digital berbanding kamera handphone.
1. Kualiti Gambar dengan Perbezaan Sensor
Kamera digital biasanya mempunyai sensor yang lebih besar berbanding kamera telefon pintar. Ini bermaksud kamera digital akan memberikan hasil gambar lebih baik terutamanya dalam keadaan low light atau cahaya rendah. Telefon pintar zaman kini pula bergantung pada sensor yang kecil dan rata-rata menggunakan perisian untuk memperbaiki kualiti gambar yang dihasilkan.
2. Kawalan Manual untuk Hasil Gambar Tersendiri
Telefon pintar kebiasaannya menggunakan tetapan automatik yang mengehadkan kreativiti fotografi kita. Telefon pintar yang menawarkan tetapan fotografi manual juga mempunyai tetapan yang terhad. Kamera digital membolehkan anda mengawal semua tetapan seperti aperture, shutter speed, dan ISO mengikut pilihan kita tersendiri.
3. Lensa Kamera Yang Berbagai
Untuk kamera telefon pintar, lensa yang ada adalah tetap. Tetapi kamera digital mempunyai bermacam jenis perspektif dan jarak fokus. Menerusi kamera digital gambar-gambar dapat dihasilkan mengikut stail fotografi yang diminati masing-masing.
4. Jangka Hayat Bateri Yang Lebih Panjang
Meskipun telefon pintar kini banyak menawarkan saiz bateri yang lebih besar dan tahan lama tetapi kebiasaanya tenaga bateri yang digunakan untuk mengambil gambar dan merakam video boleh memberi kesan kepada ketahanan bateri telefon. Berbading kamera digital, pertukaran bateri boleh dilakukan sekiranya bateri yang digunakan telah habis. Bateri tambahan juga boleh didapati dengan kadar harga yang tidak membebankan.
5. Kos Yang Tinggi Untuk Kualiti Yang Lebih Baik
Handphone flagship dipasaran kini memang saing-saing dengan harga kamera digital atau DSLR. Telefon pintar sememangnya tidak terhad untuk mengambil gambar dan merekod video tetapi juga mempunyai kegunaan lainnya.
Tetapi untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik, terdapat banyak harga kamera digital yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang lebih rendah. Bagi pemula fotografi yang baru ingin berjinak dengan dunia fotografi disarankan untuk mendapatkan kamera digital second hand.
Kebiasaanya, kamera digital memang agak mahal tetapi tidak terhad menawarkan jenis kamera pada harga yang rendah dan masih memberikan hasil gambar dan video yang baik.
6. Storan Yang Fleksibel Untuk Simpanan Video dan Gambar
Handphone flagship seperti iPhone mempunyai storan yang terhad seperti 128gb, 256gb sehingga 1TB. Setiap storan mempunyai harga yang tersediri. Kamera digital menggunakan kad memori yang boleh diganti. Setiap kad yang penuh boleh diganti dengan kad yang lainnya. Setiap tambahan kad juga boleh didapatkan pada harga yang mampu milik.
7. Kemudahan Kongsi Gambar Menerusi Aplikasi
Kita sedia tahu yang telefon pintar seperti iPhone sememangnya mempunyai fitur kongsi gambar yang mudah dan sedia dikongsikan di laman sosial. Tetapi kemudahan masa kini juga telah menyediakan sistem perkongsiaan gambar yang lebih mudah bagi kamera digital. Kamera seperti Canon mempunyai aplikasi kongsi gambar yang boleh memindahkan gambar dari kamera kepada telefon menerusi bluetooth.
7 Kamera Digital Terbaik Untuk Travel
Bagi saya kamera digital masih pilihan utama berbanding dengan kamera telefon pintar sekiranya anda mementingkan tentang hasil dan kualiti gambar dan video.
Ini adalah 7 jenis kamera digital yang baik sekiranya anda baru bermula untuk menggunakan kamera digital bagi merakam momen-momen menarik semasa travel.
1. Sony Alpha a6000
Sony Alpha a6000 adalah kamera mirrorless yang ringan dan mudah dibawa. Dengan sensor APS-C 24.3MP, ia memberikan gambar berkualiti tinggi. Kamera ini juga dilengkapi dengan sistem autofocus yang pantas, sesuai untuk mengambil gambar dalam situasi yang cepat berubah. Kelebihan lain adalah bateri yang tahan lama, menjadikannya pilihan yang baik untuk pengembara.
2. Canon PowerShot G7 X Mark II
Canon PowerShot G7 X Mark II adalah kamera kompak yang menawarkan kualiti gambar yang hebat. Dengan sensor 20.1MP dan lensa f/1.8-2.8, ia mampu menangkap gambar dengan baik dalam pelbagai keadaan cahaya. Skrin sentuh yang boleh diputar 180 darjah memudahkan untuk mengambil swafoto dan video vlog, menjadikannya sesuai untuk pengembara yang aktif di media sosial.
3. Nikon D3500
Bagi penggemar DSLR, Nikon D3500 adalah pilihan yang baik. Ia mudah digunakan dan menawarkan kualiti gambar yang sangat baik dengan sensor APS-C 24.2MP. Walaupun sedikit lebih besar berbanding kamera mirrorless, ia masih cukup ringan untuk dibawa semasa travel. Bateri yang tahan lama dan sistem autofocus yang tepat menambah nilai kepada kamera ini.
4. Fujifilm X-T30
Fujifilm X-T30 adalah kamera mirrorless yang menggabungkan kualiti gambar yang hebat dengan reka bentuk yang menarik. Sensor APS-C 26.1MP dan kemampuan rakaman video 4K menjadikannya pilihan yang hebat untuk fotografi dan videografi travel. Kamera ini juga dilengkapi dengan banyak mod simulasi filem, memberikan anda pelbagai pilihan estetik untuk gambar anda.
5. Olympus OM-D E-M10 Mark III
Olympus OM-D E-M10 Mark III adalah kamera mirrorless yang kompak dan berprestasi tinggi. Dengan sensor Micro Four Thirds 16MP dan penstabilan imej dalam badan, ia mampu menghasilkan gambar yang tajam walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Reka bentuk retro dan kawalan yang intuitif menjadikannya pilihan yang bergaya dan praktikal untuk pengembara.
6. GoPro HERO9 Black
Untuk pengembara yang gemar aktiviti lasak, GoPro HERO9 Black adalah kamera aksi yang ideal. Ia mampu merakam video 5K dan mengambil gambar 20MP. Reka bentuk kalis air dan tahan lasak membolehkan anda mengambil gambar dalam pelbagai keadaan ekstrem. Skrin depan baru juga memudahkan anda untuk merakam vlog dan swafoto dengan mudah.
7. Panasonic Lumix ZS200 / TZ200
Panasonic Lumix ZS200 / TZ200 adalah kamera kompak dengan zoom optik 15x, menjadikannya sesuai untuk merakam gambar dari jauh. Sensor 20.1MP dan kemampuan rakaman video 4K memastikan kualiti gambar dan video yang tinggi. Dengan saiz yang kecil dan ringan, kamera ini mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya teman travel yang sempurna.
Kamera Digital Pilihan Terbaik untuk Travel
Memilih kamera yang tepat untuk travel adalah penting untuk memastikan anda dapat menangkap setiap momen perjalanan dengan jelas dan cantik. Setiap kamera yang disenaraikan di atas mempunyai kelebihan tersendiri yang sesuai untuk pelbagai jenis pengembara. Sama ada anda mencari kamera yang ringan, tahan lasak, atau berkualiti tinggi, terdapat pilihan yang sesuai untuk anda.