Register GX Bank – Cara Mudah Dapat Duit (2024)

cara register gx bank

Table of Contents

Apa itu GX Bank?

GX Bank merupakan bank digital pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan secara dalam talian tanpa cawangan fizikal.

Ia diasaskan oleh Grab dan Singtel dengan matlamat untuk memberikan akses perbankan yang lebih mudah dan inklusif kepada rakyat Malaysia.

GX Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pembukaan akaun, pemindahan wang, pembayaran bil, simpanan, dan pinjaman secara digital melalui aplikasi mudah alih atau laman web mereka. Dengan teknologi terkini, GX Bank memudahkan urusan kewangan harian anda dengan lebih cepat dan efisien.

Apa Kelebihan GX Bank?

  1. Akses Mudah dan Cepat – Semua urusan perbankan boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal, menjimatkan masa dan tenaga.
  2. Proses Pembukaan Akaun yang Mudah – Pembukaan akaun boleh dilakukan dengan cepat melalui aplikasi mudah alih atau laman web, tanpa keperluan untuk dokumen fizikal yang banyak.
  3. Kos yang Lebih Rendah – Tanpa cawangan fizikal, GX Bank dapat menawarkan yuran perkhidmatan yang lebih rendah berbanding bank tradisional.
  4. Penggunaan Teknologi Terkini – Platform digital yang canggih menawarkan kemudahan seperti pemindahan wang segera, pembayaran bil secara automatik, dan notifikasi masa nyata mengenai transaksi anda.
  5. Keselamatan yang Terjamin – Menggunakan teknologi enkripsi dan autentikasi dua faktor untuk melindungi maklumat peribadi dan transaksi kewangan anda.
  6. Kemudahan Pelaburan dan Simpanan – Menawarkan produk simpanan dan pelaburan dengan kadar faedah yang kompetitif.
  7. Integrasi dengan Ekosistem Digital – Dihubungkan dengan perkhidmatan lain dalam ekosistem Grab dan Singtel, seperti e-wallet dan platform penghantaran makanan, untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar.
  8. Perkhidmatan Pelanggan 24/7 – Sokongan pelanggan boleh diakses pada bila-bila masa melalui chat atau panggilan telefon untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah atau pertanyaan.

Cara Register GX Bank

Klik pada butang di bawah untuk register GX Bank. Anda akan dibawa untuk muat turun aplikasi GX Bank

Setelah selesai memuat turun aplikasi, aplikasi akan terus di buka.

Pilih opsyen “Sign Up” atau “Register” untuk memulakan proses pendaftaran akaun baru.

Isi butiran peribadi seperti nama penuh, alamat e-mel, nombor telefon, dan cipta kata laluan yang kuat.

Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod pengesahan OTP (One Time Password) ke nombor telefon yang didaftarkan.

Masukkan kod OTP yang diterima ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.

Anda mungkin diminta untuk memuat naik salinan kad pengenalan atau pasport dan dokumen sokongan lain seperti bil utiliti untuk pengesahan alamat.

Jika peranti anda menyokong, anda boleh melengkapkan pengesahan biometrik dengan mengimbas cap jari atau wajah.

Teliti terma dan syarat perkhidmatan GX Bank.

Klik butang “Agree” atau “Accept” untuk meneruskan.

Setelah semua langkah selesai, anda akan menerima notifikasi bahawa akaun anda telah berjaya didaftarkan.

Anda kini boleh log masuk ke akaun GX Bank anda menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang didaftarkan.

Cara Buat Duit Dengan GX Bank

Mudah sangat untuk buat duit dengan GX Bank. Anda hanya perlu memasukkan sejumlah wang seminima RM100 untuk mendapatkan interest rate 3% p.a yang akan dikreditkan ke dalam akaun anda setiap hari.

GX Bank juga memberikan anda pulangan wang tunai sebanyak 1% bagi setiap transaksi yang dilakukan menggunakan kad debit GX Bank.

Untuk dapatkan kad debit GX Bank, anda hanya perlu memesan kad melalui aplikasi GX Bank. Caj yang dikenakan adalah RM12 dan kad anda akan dihantar ke alamat yang didaftarkan.

Setelah menerima kad, anda hanya perlu aktifkan menggunakan aplikasi sahaja.

Untuk penggunaan kad kali pertama, anda hendaklah membuat pembayaran dengan cara penggunaan pin 6 digit. Untuk penggunaan seterusnya, khidmat “paywave” akan diaktifkan secara automatik.

Berita baik untuk anda, untuk keuntunggan yang lebih, GX Bank kini menawarkan kempen referral yang melayakkan anda untuk mendapat RM8 bagi setiap pendaftaran baru yang berjaya menggunakan referral code anda selepas pendaftaran. 

Jadi tunggu apa lagi, jom mendaftar dengan GX Bank sekarang!