Setiap kali planning untuk pergi travel benda utama yang aku akan fikirkan adalah cara macam mana nak dapatkan harga flight tiket yang murah.
Kebiasaannya, semua kaki travel yang on budget akan selalu survey harga tiket flight dahulu sebelum merancang percutian mereka.
Berdasarkan dari hasil bacaan dan kajian aku daripada penulisan dan perkongsian kaki travel, ada beberapa perkara yang boleh kita ambil kira untuk dapatkan harga tiket flight pada harga yang murah.
- Tarikh melancong yang fleksibel
- Route penerbangan yang fleksibel
- Manfaatkan website atau aplikasi banding harga
- Alert dengan promosi dan tawaran daripada syarikat penerbangan
- Pilih timing yang tepat untuk beli tiket flight
Kesemua perkara yang aku senaraikan ini memang penting untuk dapatkan harga tiket flight yang murah.
Jadi untuk artikel kali ini aku akan kongsikan secara detail tentang semua perkara yang aku senaraikan di atas supaya korang semua lebih faham dan dapat beli tiket dengan harga yang murah bagi percutian korang yang seterusnya.
Beli Tiket Flight Murah - Tarikh Melancong Fleksibel
Untuk dapatkan tiket flight yang murah, benda pertama yang korang perlu titik beratkan adalah fleksibiliti travel date. Kebiasaannya harga tiket flight akan jadi murah selain dari tarikh cuti umum.
Kita sendiri tahu yang bila ada perayaan atau cuti umum yang disambut di seluruh dunia akan ada ramai orang yang merancang untuk pergi melancong tak kiralah dengan keluarga atau kawan-kawan.
Harga tiket akan naik melambung-lambung pada waktu ini, dan semua tempat perlancongan akan jadi sesak dengan orang ramai.
Aku tak berapa gemar untuk pergi melancong waktu cuti umum, sebab semua tempat akan ramai dengan orang dan tak boleh nak travel dengan tenang. Selalu rancang untuk pergi travel bukan pada waktu cuti umum untuk dapatkan kadar harga flight tiket yang jauh lagi murah.
Selain itu, korang perlu tahu yang hari dan masa departure flight yang korang pilih juga penting dalam menentukan harga tiket flight.
Aku selalu beli tiket flight outbound pada hari bekerja atau di tengah-tengah minggu. Harga tiket yang pada masa ini kebiasaannya jauh lebih murah berbanding dengan flight pada hujung minggu.
Ada lagi tips yang aku dapatkan daripada website Loanstreet adalah untuk elakkan book tiket flight pada hari Khamis atau hujung minggu. Korang kena sentiasa booking tiket flight pada pagi Selasa atau malam Isnin.

Tetapkan Route Flight yang Fleksibel
Kalau korang lebih fleksibel dengan route penerbangan, akan lagi membolehkan korang untuk berjimat.
Ada banyak flight transit yang menawarkan harga tiket yang murah dan masih membolehkan korang untuk sampai ke destinasi pelancongan yang diinginkan.
Harga tiket transit biasanya murah sebab syarikat penerbangan nak pastikan penjimatan kos dan efficiency operasi penerbangan mereka.
Walaupun tiket flight transit lebih murah tetapi perlu di ingat ada beberapa perkara yang korang perlu tahu sekiranya memilih untuk membeli tiket flight transit. Antaranya:
- Durasi layover flight
- Luggage handling
- Visa requirement
- Jadual penerbangan
Aku cadangkan untuk sentiasa memilih transit flight yang mempunyai masa layover lebih daripada 4 jam. Sesetengah penerbangan memerlukan korang untuk check-in bagasi sendiri.
Jadi 4 jam adalah masa yang paling ideal terutamanya bila korang membeli tiket daripada syarikat penerbangan yang berasingan.
Jangan lupa untuk sentiasa buat semakan sama ada negara yang korang transit itu perlukan visa pelancong atau tidak.
Pastikan juga jadual penerbangan dirancang dengan baik kerana sekiranya tiba-tiba perkara yang tak diingini terjadi seperti flight delay atau flight korang dibatalkan korang boleh dapatkan penerbangan alternatif.
Hopper
Untuk semak route penerbangan fleksibel aku gemar untuk gunakan aplikasi Hopper, kerana Hopper akan mencadangkan route penerbangan yang berbeza untuk sampai ke destinasi yang diingini.
Harga untuk route berbeza yang dicadangkan oleh Hopper sememangnya jauh lebih murah berbanding route yang biasa ataupun direct flight.
Hopper juga mempunyai feature di mana korang boleh letakkan mode alert pada perubahan harga tiket berdasarkan tarikh penerbangan yang anda pilih. Sekiranya ada perubahan harga sama ada naik atau turun, Hopper akan berikan korang notification.
Aplikasi Hopper boleh di muat turun menerusi Google Play ataupun Play Store bergantung kepada jenis peranti yang anda gunakan.
Beli Tiket Flight Murah di Laman Banding Harga
Aku selalu check website atau aplikasi banding harga untuk semak harga tiket flight kerana laman-laman ini kebiasaannya membuat price comparison dari berbagai laman web tempahan tiket flight serta daripada syarikat penerbangan yang akan memberikan korang pilihan harga untuk penerbangan yang sama.
Ada beberapa laman web banding harga yang aku suka untuk gunakan apabila membuat carian tiket flight. Antaranya ialah Skyscanner, Google Flight, Kiwi.com dan Kayak.
Skyscanner
Menurut pendapat aku, Skyscanner adalah laman web banding harga yang terbaik untuk mencari tiket penerbangan murah.
Website ini menawarkan pilihan carian yang pelbagai, termasuk tarikh yang fleksibel dan juga memberikan airport alternatif berdekatan dengan destinasi yang korang pilih untuk memastikan korang dapat membeli tiket flight pada harga yang murah.
Interface laman web mahupun aplikasi skyscanner sangat mesra pengguna serta feature price alert juga memudahkan untuk mendapatkan tawaran tiket flight yang menarik.
Skyscanner juga mempunyai rekod yang dapat dipercayai dalam mencari penerbangan murah.
Google Flight
Google flight merupakan platform pencarian penerbangan dalam talian yang mempunyai banyak kelebihan untuk membantu korang mencari, membandingkan dan memesan tiket flight dengan mudah.
Ia juga mempunyai integrasi dengan produk Google lain yang akan memudahkan anda untuk mencari informasi tentang penerbangan, durasi perjalanan, serta semak jadual penerbangan.
Menerusi Google Flight, korang boleh menggunakan feature pemantauan harga. Di mana Google Flight akan memberitahu anda sekiranya harga flight tiket yang korang inginkan mengalami kenaikan atau pengurangan harga.
Trend harga tiket penerbangan juga dapat dilihat menerusi feature yang disediakan oleh Google Flight. Feature ini membolehkan korang untuk meramal dan mengetahui trend turun naiknya tiket flight yang korang mahu.
Beli Tiket Flight Murah Melalui Promosi
Selain itu, korang juga perlu melanggan email newsletter daripada syarikat-syarikat penerbangan kegemaran korang. Ini kerana, kebiasaannya syarikat penerbangan akan menghantar tawaran khusus dan promosi flight menerusi email newsletter mereka kepada semua pelanggan.
Jangan lupa untuk follow atau ikuti syarikat penerbangan yang korang sukai di setiap laman sosial mereka. Banyak syarikat penerbangan menggunakan platform ini untuk marketing dan semua promosi yang mereka adakan.
Dan perlu diingat tiket-tiket promosi dan murah ini akan cepat habis. Segeralah membuat tempahan tiket promosi yang korang dapatkan untuk mengelakkan kenaikkan harga atau habis di jual.
Sekiranya korang mempunyai atau mendaftar kepada program membership atau loyalty yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan sentiasa semak dan tebus ganjaran semasa membuat pembelian tiket untuk mendapatkan tawaran khusus.
Beli Tiket Flight Murah Pada Timing yang Tepat
Sentiasa membeli tiket flight setidaknya 6 minggu awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana, tiket flight akan menjadi mahal sekirang tarikh departure terlalu dekat dengan tarikh pembelian tiket.
Jangan beli tiket flight last minute!
Selalu pilih untuk memilih penerbangan di luar waktu puncak perayaan atau semasa cuti panjang. Semasa musim perayaan kebanyakkan syarikat penerbangan akan memilih untuk menaikkan harga tiket sehingga pada harga yang tak masuk akal daripada harga yang sepatutnya.
Kesimpulan
Cara beli tiket flight murah ini sememangnya mudah untuk korang lakukan sekiranya perancangan yang betul-betul dibuat dan peka dengan promosi yang ditawarkan setiap syarikat penerbangan.
Penting untuk korang melakukan survey dan pilih untuk lebih flexible dalam perancangan percutian korang untuk mendapatkan penawaran harga tiket flight yang menarik.
Selamat bercuti!