Boleh Ke Beli Tiket Flight Secara Ansuran? (2023)

beli tiket flight ansuran

Table of Contents

Sekarang ini memang banyak kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) yang disediakan di banyak e-commerce platform di Malaysia. Jadi boleh ke kita beli tiket flight secara ansuran?

Beli tiket flight secara ansuran memang tak mustahil. Ada beberapa cara yang akan saya terangkan sekiranya anda ingin membuat pembelian tiket flight secara ansuran. 

Apa itu Buy Now Pay Later (BNPL)?

Dalam market e-commerce kita, banyak servis BNPL yang ditawarkan. 

Shopee Paylater, Atome, Shopback Paylater, Grab PayLater dan banyak lagi yang menawarkan servis yang sama.

Tetapi adakah anda tahu apa sebenarnya servis BNPL ini?

Konsep BNPL ini adalah konsep pembayaran yang membolehkan anda membeli suatu barang atau servis tanpa perlu membuat pembayaran penuh pada waktu pembelian.

BNPL membolehkan anda membuat pembayaran secara ansuran.

Tetapi kebiasaannya servis BNPL ini didatangkan sekali dengan interest yang rendah.

Ada juga servis BNPL yang tidak kenakan sebarang caj interest tetapi bergantung kepada berapa tempoh ansuran yang anda pilih.

Kebaikan Buy Now Pay Later

BNPL ini memang ada kebaikan dan keburukan. Tetapi ianya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengambil keputusan dan peluang daripada kebaikan program ini.

Menerusi program ini anda akan mendapat akses kewangan yang mudah.

Anda tak perlu bayar penuh pada saat pembelian dan dapat membuat pembelian dengan segera.

Fleksibiliti bayaran yang ditawarkan juga sangat menguntungkan. Anda boleh pilih untuk buat bayaran dalam jangka masa yang diinginkan.

3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan? Anda tetapkan sendiri.

Ada program BNPL yang tak kenakan caj tambahan atau interest. Ada juga yang mengenakan caj tambahan bagi sesetengah jangka masa pembayaran.

Contohnya, bayar dalam masa 3 bulan tidak dikenakan interest. Tetapi jika bayaran dibuat selama 6 bulan akan ada caj yang dikenakan.

Jadi amat penting untuk anda ketahui syarat-syarat program BNPL yang di pilih dengan baik supaya sentiasa peka untuk mengelakkan sebarang caj tambahan.

Keburukan Buy Now Pay Later

Keburukan program BNPL ini juga memang tak dapat dielakkan. Tetapi masih boleh dikawal.

Sekiranya pembayaran semula tidak dilakukan pada due date yang ditetapkan ada caj tambahan akan dikenakan.

Amat penting untuk anda alert dengan tarikh pembayaran supaya tiada kos tambahan yang perlu anda tanggung.

Dengan akses kewangan mudah yang ditawarkan akan mudah untuk anda melakukan overbuy.

Kawal perbelanjaan mengikut kemampuan anda untuk membuat pembayaran semula kepada provider servis BNPL ini.

Sekiranya tidak dikawal ini akan membebankan tangunggan kewangan semasa anda.

Beli Tiket Flight Secara Ansuran dengan BNPL

Saya pernah kongsikan tentang cara beli tiket flight murah. Tetapi masih ramai yang tak tahu kita juga boleh buat pembayaran tiket flight secara ansuran.

Ada beberapa travel platform yang menawarkan program ini. 

Pilihan utama saya adalah Traveloka.

traveloka beli tiket flight murah ansuran

Traveloka merupakan platform tempahan hotel dan tiket penerbangan yang selalu menawarkan promosi hebat serta promo code  untuk sebarang tempahan atas talian yang dilakukan di platform mereka.

Kini anda boleh membuat tempahan di platform Traveloka dan pilih untuk membuat pembayaran secara ansuran.

Syarat-syarat:

  • Buat tempahan pada aplikasi atau laman web Traveloka
  • Pemegang credit card Maybank
  • Pilih cara pembayaran credit card semasa checkout

Frequently Asked Question (FAQ):

Cara untuk membuat pembayaran ansuran?   

  • Buat tempahan di Traveloka dan pilih credit card sebagai cara pembayaran.

Adakah caj tambahan akan dikenakan?

  • Ya, caj tambahan akan dikenakan bergantung kepada tempoh ansuran yang dipilih

Kenapa transaksi ansuran gagal?

  • Semak sama ada baki credit mencukupi untuk menampung jumlah transaksi.

Adakah bayaran ansuran ini boleh dibatalkan?

  • Tidak, semua transaksi ansuran adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan.

Sekiranya anda pemegang kad kredit Maybank, pilihan ini tersedia untuk anda.

Dah tak perlu untuk buat pembayaran penuh semasa membuat tempahan.

Untuk Malaysia Airlines, ada dua cara yang anda boleh pilih untuk membuat pembayaran secara ansuran semasa checkout.

Pilihan Pertama: Kad Kredit

  • Pemegang kad kredit Maybank, Public Bank, CIMB Bank dan Hong Leong Bank
  • Jumlah Transaksi Minimum: RM 500 (6 bulan ansuran) & RM1000 (12 bulan ansuran)

Pilihan Kedua: Shopback (Hoolah)

Bagi sesiapa yang masih belum tahu apa itu Shopback saya ada kongsikan artikel macam mana anda boleh dapatkan cashback dengan Shopback untuk setiap pembelian atas talian.

Anda juga boleh mendaftar melalui link dan banner di bawah untuk dapatkan RM10 yang pertama.

Menerusi Shopback anda boleh membuat pembayaran ansuran selama 3 bulan.

Tiada caj tambahan akan dikenakan sekiranya pembayaran di buat pada tarikh yang ditetapkan.

Cara Aktifkan Shopback PayLater

Jika anda belum membuat akaun, anda perlu melakukannya terlebih dahulu. Setelah anda log masuk:

  1. Pada home page, klik pada interest-free PayLater
  2. Setelah itu, klink pada “Activate
  3. Masukkan nombor kad Visa atau Mastercard anda
  4. Lakukan verifikasi identiti anda melalui MyKad atau MyTentera

Proses verifkasi kebiasaannya akan mengambil masa beberapa minit, setelah selesai anda boleh membuat pembelian ansuran dengan Shopback!

Mudahkan!

3. Agoda Malaysia

Agoda Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menawarkan servis BNPL.

Buat masa ini Agoda Malaysia hanya bekerjasama dengan Shopback untuk pembayaran ansuran selama 3 bulan.

Anda boleh tempah tiket flight atau hotel bagi destinasi percutian anda yang seterusnya melalui Agoda dan pilih Shopback sebagai cara pembayaran.

Tiada caj tambahan akan dikenakan sekiranya anda membuat pembayaran ansuran menggunakan Shopback

Kesimpulan

Beli tiket flight secara ansuran bukan lagi perkara yang mustahil dengan wujudnya servis BNPL ini.

Akan ada lebih banyak platform yang akan menggunakan konsep pembayaran yang sama dan tidak membebankan anda untuk merancang percutian anda yang seterusnya.

Perlu diingat kemudahan servis BNPL ini juga masih perlu dikawal mengikut kemampuan kewangan anda sendiri supaya tidak terbeban.

Tepuk dada tanya selera! Selamat bercuti!