Murahnya Beli Travel Insurance AIG Serendah RM39 di Shopee

travel insurance aig

Table of Contents

Tiket flight dah booked. Hotel pon dah booked. Tapi masih tak beli lagi travel insurance. Sebab tak tahu macam mana nak pilih travel insurance. Mari sini saya cadangkan untuk beli travel insurance AIG.

Dekat mana nak beli?

Beli di Shopee.

Tak sangka kan? Sekarang travel insurance pun dah ada dijual di Shopee.

Shopee kan macam-macam ada.

Anda boleh beli travel insurance AIG di Shopee serendah RM39 sahaja.

Murahkan?

Semak Keperluan Travel Insurance Peribadi

Sebelum anda membuat sebarang pembelian travel insurance sangat penting untuk menilai keperluan peribadi yang diperlukan bagi percutian anda.

Ambil beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam membuat pembelian insurans perjalanan seperti kondisi kesihatan, aktiviti yang akan dilakukan, nilai barang berharga yang di bawa semasa percutian dan tujuan perjalanan anda.

Dengan menitik beratkan faktor-faktor ini anda akan dapat menilai dan memilih pelan travel insurance mana yang paling sesuai untuk percutian anda.

Klik pada banner untuk semak pelan travel insurance AIG dengan lebih lanjut

Kenapa Beli Travel Insurance AIG?

AIG berikan perlindungan perjalanan lengkap yang meliputi penundaan penerbangan serta pembatalan perjalanan.

Dan yang paling penting pihak AIG memberikan bantuan 24/7 di seluruh dunia.

Untuk yang masih tidak tahu AIG merupakan pemenang anugerah “The Fastest Estimate Claim Approval Time for Own Damage Claims 2017” dan “The Most Accurate Average Estimate to Approval Amount in 2017” 

Reputasi AIG Insurance sememangnya tidak boleh diragukan. 

Manfaat Travel Insurance AIG

Travel Insurance AIG yang dijual di Shopee mempunyai dua plan iaitu Basic dan Standard.

Untuk pakej Deluxe dan Starter boleh beli langsung di laman web AIG di sini.

Tak banyak perbezaan di antara pakej Deluxe dan Standard.

Saya cadangkan untuk pilih di antara pakej Basic atau Standard sahaja. Ini kerana kedua pakej ini sudah dikira sebagai pakej yang komprehensif dan berbaloi dengan coverage yang ditawarkan.

Kedua-duanya mempunyai liputan yang sama tetapi mempunyai jumlah sum-insured yang berbeza.

Jadi apa manfaat yang ditawarkan oleh insurans AIG?

  • Perlindungan Covid-19 sehingga RM500,000
  • Kos Perubatan (termasuk kemasukan ke hospital tanpa tunai atau cashless)
  • Manfaat kemalangan peribadi sehing RM350,000
  • Perlindungan trip cancellation sehingga RM10,000
  • Penundaan penerbangan sehingga RM1,950

Ini adalah di antara manfaat menarik yang ditawarkan.

Untuk dapatkan maklumat polisi dengan lanjut boleh semak di sini.

Cara Beli Travel Insurance AIG di Shopee

Tak perlu susah susah.

Saya dah senaraikan listing ke produk insurance AIG untuk anda:

Pakej yang ditawarkan ini hanya berfokus kepada Asia sahaja yang meliputi negara-negara seperti China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Macau, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Sekiranya anda membuat perjalanan selain dari negara yang saya sebutkan tadi, anda boleh buat pembelian travel insurance AIG langsung daripada laman web mereka di sini.

Cara Redeem Voucher Code Insurance AIG

Setelah selesai buat pembelian dan bayaran di Shopee. AIG akan hantar anda satu emel yang disertakan dengan Voucher Code dan link webform untuk anda buat tebusan.

Anda akan di minta untuk isi butiran peribadi.

Setelah selesai boleh klik “Submit”.

Terdapat beberapa syarat penting lagi untuk anda ketahui:

  • Polisi yang dibeli perlulah diaktifkan 3 hari sebelum tarikh perlepasan
  • Polisi akan dianggap aktif setelah anda menekan “Submit” pada webform
  • Tiada pembatalan atau refund dibenarkan setelah voucher code dikeluarkan menerusi emel
  • AIG Malaysia akan menghantar butiran polisi anda dalam masa 3 hari setelah polisi diaktifkan

Kesimpulan

Beli travel insurance AIG sangat mudah di Shopee.

Harga yang ditawarkan jugak sangat murah dan kompetitif.

Dan yang paling penting untuk anda sentiasa fikirkan tentang keperluan yang diperlukan dalam coverage  travel insurance anda.

Supaya anda dapat memilih pakej insurance AIG yang terbaik dan paling sesuai untuk percutian anda nanti.

Jadi anda tak perlulah risau lagi untuk pergi bercuti ke mana-mana kerana anda akan dilindungi dengan insurans perjalanan terbaik di Asia Pasifik.