Apa Itu Buy Now, Paylater?

Apa Itu Buy Now, Paylater BNPL

Table of Contents

Apa Itu Buy Now Paylater?

Buy Now Paylater (BNPL) ialah jenis pembiayaan jangka pendek yang membolehkan pengguna membuat pembelian dan membayar dalam tempoh masa tertentu, biasanya tanpa faedah.

Kemudahan Paylater atau Bayar Dahulu Sebelum Guna ini banyak ditawarkan oleh platform e-commerce dan kedai fizikal di Malaysia. 

Tawaran pembiayaan jangka pendek ini boleh dikira menarik terutamanya jika korang nak buat pembelian besar dengan pembayaran secara ansuran.

Nak beli kamera digital, telefon bimbit atau buat tempahan hotel dan beli tiket flight pun tak ada masalah dengan Paylater. Korang boleh beli secara ansuran. Tak perlu bayar secara lump sum.

Ketahui Konsep Paylater

Sebelum menggunakan Paylater, korang kena jadi pengguna yang bijak!

Paylater memang satu alternatif yang baik tetapi bila korang mula menggunakan Paylater boleh diibaratkan korang terikat dengan pinjaman peribadi.

Ya, konsep Paylater ini sama seperti pinjaman peribadi ataupun kad kredit. 

Dah pinjam mestilah kena bayar!

Provider Paylater seperti Shopee, Grab atau Atome akan dahulukan bayaran bagi pembelian yang korang buat. Jumlah bayaran yang telah didahulukan akan dibahagikan kepada beberapa tempoh bayaran.  

3 bulan. 6 bulan. Atau 12 bulan.

Tergantung kepada jenis provider yang korang pilih. 

Paylater ada interest ke?

Kebiasaannya Paylater tidak dikenakan nilai interest. Tetapi ada provider yang menetapkan interest-free bagi sesetengah tempoh bayaran balik.

Atome mengenakan 0% interest bagi bayaran balik dalam tempoh 3 bulan.

Grab mengenakan 0% interest bagi bayaran balik dalam tempoh 4 bulan.

0% interest dikenakan sekiranya korang patuh pada jadual pembayaran yang ditetapkan oleh provider Paylater.

Shopee kenakan interest bagi bayaran balik sekiranya tempoh bayaran semula lebih satu bulan.

Tetapi jangan risau!

Bayaran interest yang dikenakan Shopee kebiasaannya rendah. 

Hanya 1.5%. Untuk lebih details boleh rujuk table di bawah:

kadar interest shopee paylater spaylater

Apa Kebaikan Paylater?

1. Akses Kewangan Mudah (0% Interest)

Korang nak beli tiket flight semasa promosi terhad tapi tak cukup duit? 

Boleh guna Paylater. Boleh bayar secara ansuran.

Bukan setakat bayar secara ansuran, tak ada interest atau caj tambahan yang dikenakan.

2. Fleksibiliti Bayaran

Untuk sesetengah provider korang boleh pilih tempoh ansuran yang korang selesa.

Contohnya Shopee Paylater tawarkan bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar interest hanya 1.5% dari jumlah transaksi.

Tak perlu bayar sekaligus dan boleh gunakan duit yang korang ada untuk keperluan lain.

3. Skor Kredit Tak Baik Juga Boleh Guna

Kalau skor kredit semasa korang kurang baik, korang masih boleh buat permohonan Paylater.

Kebanyakan provider Paylater masih akan luluskan permohonan korang cumanya kredit yang ditawarkan mungkin sedikit tergantung kepada skor kredit semasa

Apa Keburukan Paylater?

1. Late Payment Fee Tinggi

Perlu diingatkan untuk sentiasa patuh pada tempoh bayaran yang ditetapkan.

Late payment fee yang dikenakan oleh provider Paylater sangat tinggi sekiranya korang buat bayaran lewat dari tarikh bayaran yang ditetapkan.

Korang kena sentiasa peka dengan tarikh bayaran yang dijadualkan.

Boleh semak laman web provider yang korang pilih untuk cari tahu berapa fee yang dikenakan bagi pembayaran lewat.

2. Tingkatkan Kecenderungan Berbelanja

Dengan kemudahan akses pada kewangan rata-rata kita akan cenderung untuk berbelanja termasuk barangan yang tak perlu.

Walaupun tak ada duit, tapi disebabkan ada akses Paylater korang akan mudah untuk berbelanja tanpa fikirkan risiko kemampuan kewangan sendiri.

Sentiasa jadi pengguna yang bijak dan elakkan berbelanja barangan yang tak perlu.

Dan paling penting kena sedar dengan kemampuan kewangan masing-masing.

3. Berikan Kesan Pada Skor Kredit

Bila bayaran Paylater korang tak cantik disebabkan bayaran lewat dan tak on time.

Kebarangkalian untuk Skor Kredit korang terkesan amat tinggi.

Kena ingat bahawa risiko Paylater ini sama seperti kad kredit mahupun pinjaman peribadi.

Wajib untuk sentiasa kawal perbelanjaan dan pastikan berbelanja ikut keperluan sahaja.

Tips Sebelum Gunakan Paylater

1. Sentiasa Baca Terma & Syarat

Terma dan syarat bagi setiap provider adalah berlainan. Jadi amat penting untuk korang baca, teliti dan fahami sebelum setuju untuk memohon mana-mana Paylater.

Hanya memohon dan gunakan khidmat Paylater yang korang sudah pastikan terma dan syaratnya untuk elakkan kekeliruan dan salah faham.

2. Ikut Kemampuan Kewangan Sendiri

Jangan berbelanja ikut nafsu! Tetapi mengikut kepada kemampuan kewangan sendiri.

Pilih untuk berbelanja jumlah yang korang mampu untuk buat bayaran semula dengan kadar tempoh yang ditetapkan.

Kena bijak untuk fikir tentang implikasi kewangan korang. Jadi rancanglah kewangan korang dengan baik sebelum menggunkakan Paylater.

3. Semak Late Payment Fee Provider

Penting untuk semak late payment fee yang dikenakan oleh provider supaya korang sedar tentang kesan pembayaran lewat yang di buat.

Setiap platform dan provider mengenakan caj late payment fee yang berlainan.

Contohnya, Atome mengenakan caj tambahan RM30 sekiranya korang lambat bayar dari tarikh yang ditetapkan.

Untuk ketahui caj bayaran lewat yang dikenakan boleh semak dengan provider yang korang pilih.

Travel Dulu Bayar Kemudian

Dengan kemudahan Paylater, sekarang korang boleh untuk travel dulu dan bayar kemudian.

Menarik. Tapi macam mana?

Korang boleh beli tiket flight dan booking hotel untuk travel dengan bayar gunakan Paylater.

Ada banyak provider dan platform yang menawarkan kemudahan beli sekarang bayar kemudian.

Aku pernah kongsikan satu artikel mengenai cara dan platform paylater untuk buat pembelian tiket flight secara ansuran.

Tetapi ada dua platform kegemaran yang pernah aku gunakan untuk beli tiket flight dan booking hotel untuk pergi travel iaitu Shopback (Hoolah) dan Atome.

Sekiranya korang nak tahu cara macam mana untuk gunakan atome dan shopback boleh baca artikel ini:

Dan sebelum korang teruskan book tiket flight untuk trip travel korang yang seterusnya aku ada senaraikan panduan untuk dapatkan tiket flight murah di artikel lain.

Paylater itu Kemudahan?

Paylater boleh jadi kemudahan atau punca masalah kewangan korang bermula sekiranya tak dikawal dengan baik.

Macam yang aku selalu ingatkan untuk sentiasa jadi pengguna yang bijak terutamanya bila menggunakan kemudahan kewangan seperti ini.

Diri kita yang tentukan sama ada untuk guna kemudahan ini secara baik dan tidak disalahgunakan.

Bagi aku Paylater memang kemudahan yang baik dan sentiasa aku jadikan pilihan sekiranya merancang untuk buat pembelian besar dan rancang travel trip aku.