Aplikasi Atome merupakan aplikasi antara aplikasi Buy Now Pay Later (BNPL) yang terkenal di Malaysia. Atome menawarkan bayaran ansuran fleksibel kepada semua pengguna mereka yang berdaftar. Macam mana nak beli tiket flight guna Atome?
Untuk ketahui apa itu sebenarnya BNPL, saya ada kongsikan di dalam artikel BNPL ini dengan lebih details. Saya juga ada kongsikan beberapa kebaikan serta keburukan BNPL untuk membantu anda membuat keputusan sebelum menggunakan BNPL.
Cara Register Atome
Cara mendaftar Atome amat mudah dengan hanya 4 langkah sahaja. Sekiranya anda mendaftar melalui link di bawah, anda akan mendapat voucher bernilai RM15 untuk pembelian pertama menggunakan Atome.
- Anda perlu memuat turun aplikasi Atome dan diminta untuk mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit. 4 digit kod akan dihantar kepada anda untuk membuat pengesahan nombor telefon bimbit.
- Sebagai pengguna kali pertama, anda perlu membuat pengesahan pengguna. Klik pada butang “Pay” pada halaman utama aplikasi.
- Setelah itu, anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Kad Pengenalan serta butiran-butiran lain.
- Langkah terakhir adalah anda perlu memasukan butiran kad kredit atau debit anda untuk melengkapkan pendaftaran.
Cara Beli Tiket Flight Guna Atome
Ada beberapa situasi yang memudahkan anda membuat pembelian tiket flight menggunakan Atome. Contohnya, anda tidak mahu membuat bayaran sekali gus bagi jumlah harga tiket flight atau anda mempunyai situasi kecemasan yang memerlukan anda membeli tiket flight pada saat-saat terakhir.
Atome boleh membantu anda untuk membuat pembayaran penuh kepada merchant dan anda boleh membayar semula kepada Atome secara ansuran.
Tempoh ansuran yang ditawarkan oleh Atome adalah selama 3 bulan. Tempoh bayaran ini bebas daripada sebarang caj tambahan.
Tetapi perlu di ingat Atome akan mengenakan administration fee sebanyak RM30 sekiranya anda tidak membuat bayaran dalam tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan.
Pilihan utama saya membuat pembelian tiket menggunakan Atome adalah melalui laman web Airpaz. Website ini menawarkan pembelian tiket flight domestik dan internasional dengan kadar harga yang murah.
Untuk membuat pembelian menggunakan Atome, anda hendaklah memilih Atome sebagai payment method semasa checkout.
Anda akan diminta untuk mengisi login information Atome sebelum pembayaran dapat dibuat. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Atome, anda akan diminta untuk mendaftar terlebih dahulu.
Proses yang dikenakan ini adalah mudah dan pantas. Atome akan memberikan anda notifikasi approval di dalam beberapa minit.
Setelah itu, anda hanya perlu untuk membuat bayar 1/3 dari jumlah harga transaksi tersebut. Baki transaksi perlu dibayar dalam selang masa 30 hari bagi setiap bayaran tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
2. Alternative Airlines
Alternative Airlines ialah merchant kedua pilihan saya yang menerima Atome sebagai kaedah pembayaran.
Dari segi harga Airpaz menawarkan tiket flight dengan harga yang sedikit murah berbanding Alternative Airlines.
Sekiranya anda ingin membuat pembelian tiket flight menggunakan Atome dengan kadar yang murah, saya cadangkan untuk membuat perbandingan harga dahulu di kedua kedua platform ini.
Kaedah pembayaran di kedua-dua platform ini adalah sama sekiranya anda menggunkan Atome.
Cara Semak Tarikh Bayaran di Atome
Bagi mengelakkan dikenakan bayaran administration fee oleh Atome, anda perlulah peka dengan tarikh bayaran yang telah ditetapkan.
Untuk semak jumlah outstanding amount dan bil tertunggak, anda harus pergi ke tab “Bills” dan rekod transaksi anda akan tertera di skrin.
Bagi melihat tarikh pembayaran yang perlu anda jelaskan, anda hanya perlu memilih transaksi yang berkaitan. Tarikh pembayaran berserta amaun yang perlu dijelaskan akan tertera pada rekod transaksi.
Cara Hubungi Atome Customer Service
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan dengan transaksi dan sebagainya ada boleh menghubungi Customer Service Atome melalui emel support@atome.my
Emel anda akan dijawab oleh Atome selewatnya di dalam tempoh masa 24 jam.