Cara Guna Shopback Paylater – Beli Tiket Flight Ansuran (2023)

shopback paylater beli tiket flight

Table of Contents

Ini adalah review khusus aku mengenai Shopback, selaku pengguna platform mereka untuk beberapa tahun. Artikel kali ini boleh aku katakan antara tips travel yang korang wajib tahu.

Untuk sesiapa yang masih tak familiar. Shopback merupakan platform yang berikan “cashback” untuk semua pembelian melalui aplikasi mereka. 

Dekat Shopback ada banyak travel merchant. Kalau korang booking hotel guna Agoda boleh dapat cashback. Beli tiket flight guna Malaysia Airlines dapat cashback jugak. Ada banyak merchant yang berdaftar dengan Shopback.

Macam Mana Nak Dapat Cashback dari Shopback?

Mudah sangat nak dapatkan cashback daripada Shopback:

  • Daftar Shopback guna link ini atau klik banner dekat bawah (terus dapat RM10 cashback)
  • Masukkan butiran diri dan withdrawal untuk senang cashout duit
  • Lawat dan buat pembelian dari mana-mana merchant guna aplikasi atau website Shopback
  • Shopback akan tracked pembelian korang dan berikan cashback

Shopback - Legit ke Scam? Boleh Dapat Duit?

Ya, Shopback memang bukan scam. Hampir beberapa tahun aku guna Shopback dah banyak kali jugak aku withdraw. 

shopback cashback earning withdrawal

Kalau korang nampak, aku paling rendah pernah withdraw RM14.89. Sebab minimum amount untuk withdraw Shopback memang rendah. SERENDAH RM10! Duit korang akan terus masuk dalam akaun bank.

Shopback Paylater - 3 Kali Ansuran

Kalau korang tahu tentang Atome, korang mesti dah faham tentang Paylater. Shopback ada feature Paylater mereka sendiri. Tak jauh beza dengan Atome. 3 kali bayaran ansuran dengan 0% interest.

Baca artikel tentang Atome di sini:

Kalau Shopback Paylater ni sama macam Atome kenapa kena susah payah register Shopback pulak?

Shopback Paylater VS. Atome

Shopback Paylater dengan Atome masing-masing ada kelebihan sendiri. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak buat pilihan.

  1. Tak semua merchant yang ada di Atome ada jugak di Shopback
  2. Kalau guna Shopback Paylater bukan setakat dapat ansuran 3 bulan tapi dapat cashback jugak.
  3. Korang boleh offset earning semasa di Shopback Paylater semasa nak checkout

Biasanya aku akan check merchant di Shopback dahulu. Contohnya, aku nak book hotel melalui Agoda. Agoda ada pada dua-dua platform, Shopback dan Atome. Aku boleh buat ansuran booking hotel 3 bulan guna Atome ataupun Shopback Paylater. 

Tapi aku akan pilih untuk booking guna Shopback Paylater sebab aku dapat bayar ansuran 3 bulan dan masa yang sama dapat % cashback. Kalau guna Atome aku cuma dapat bayaran ansuran sahaja.

Macam Mana Nak Aktifkan Shopback Paylater?

  1. Log masuk akaun Shopback (website atau aplikasi)
  2. Tekan butang “Activate Paylater Now”
  3. Linkkan card debit dan lengkapkan semakan identiti 
  4. Buat pembelian pada merchant yang tawarkan Shopback Paylater (boleh check dekat aplikasi atau website Shopback)
  5. Checkout dan scan QR code gunakan aplikasi Shopback

Lepas semakan identiti, Shopback akan tetapkan credit limit. Untuk transaksi yang lebih had limit, bakinya korang boleh buat pembayaran menggunakan cash atau kad.

Book Tiket Flight Guna Shopback Paylater

Untuk book tiket flight guna Shopback Paylater, ada dua merchant yang korang boleh guna buat masa sekarang. Book tiket flight guna Agoda atau Malaysia Airlines.

Cumanya kalau guna Agoda boleh book tiket flight & hotel sekaligus. Kalau guna Malaysia Airlines, cuma boleh book flight sahaja.

Untuk kaki travel yang kerap buat booking hotel dan flight tiket aku sarankan untuk guna Shopback. Setengah orang tak suka berhutang. Tak semestinya kena bayar ansuran. Kalau nak bayar jumlah penuh pun boleh. Checkout guna Shopback. Terus dapat % cashback.

Jimat Lebih Banyak dengan Shopback Paylater

Aku memang suka gunakan aplikasi Shopback tiap kali buat apa-apa pembelian. Sebabnya ganjaran yang ditawarkan tak ada dekat platform lain. Nak withdraw earning pun senang.

Kalau beli tiket flight atau book hotel untuk trip korang seterusnya guna Shopback boleh dapat ganjaran cashback. Kalau nak bayar ansuran pun boleh guna Shopback Paylater. Bayar 3 kali ansuran tanpa apa-apa caj.

Sentiasa jadi pengguna yang bijak. Tips travel ini boleh korang gunakan untuk jimat selagi boleh jimat.

Yang masih belum mendaftar sebagai pengguna Shopback boleh daftar di sini – terus dapat RM10 cashback! Jangan lupa update withdrawal information dan buat pembelian korang menerusi aplikasi atau website Shopback. Selamat mencuba!