Search
Close this search box.

Retinol: Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai

Ibu Hamil Tak Boleh Pakai Retinol

Table of Contents

Dalam dunia skincare, retinol merupakan antara bahan popular yang digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kedutan dan penuaan.

Orang kata kalau guna retinol boleh jadikan kulit glowing.

Tapi apa sebenarnya retinol tu?

Retinol vs Retinoid

Sebenarnya retinol adalah vitamin A. 

Derivatif kepada Vitamin A ada dua iaitu Retinol dan Retinoid.

Retinol adalah nama visual form kepada retinoid.

Retinol mudah menyerap pada kulit dan akan ditukarkan kepada retinoic acid semasa dipakai pada kulit.

Apa pulak Retinoid?

Retinoid sebaliknya adalah kompaun aktif yang boleh menyerap jauh ke dalam kulit.

Kedua retinol dan retinoid ini boleh membantu mengurangkan masalah penuaan, jerawat, kedutan, tona tidak sekata dan mempercepat kesembuhan kulit.

Secara ringkas, kalau nak kulit glowing dan bebas jerawat, retinol adalah produk yang korang mesti guna!

Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai Retinol

Ya, ibu mengandung tak boleh pakai retinol!

Kenapa tak boleh pakai?

1/ Memberi risiko Kepada Janin

Retinol yang dipakai pada kulit akan. diserap melalui saluran darah.

Walaupun jumlah yang diserap sedikit tetap akan membahayakan kesihatan janin.

Ini kerana Retinol adalah derivatif Vitamin A yang sekiranya diambil secara berlebihan pada kadar yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

2/ Retinoid adalah Bahan Teratogenik

Bahan teratogenik seperti retinoid amat bahaya bagi ibu mengandung.

Kecacatan dan gangguan pada tumbesaran janin akan terjadi sekiranya ibu hamil terdedah kepada bahan tersebut.

Ibu dan wanita hamil sangat tidak digalakkan untuk mengambil derivatif Vitamin A bukan terhad kepada retinoid sahaja.

Alternatif Retinol

Jangan risau, sekiranya wanita hamil yang masih mahu menjaga skincare mereka ada alternatif lain yang lebih selamat.

  • Azelaic Acid – berfungsi untuk merawat jerawat dan hyperpigmentasi 
  • Vitamin C – merupakan bahan antioksidan yang bantu mengurangkan bintik hitam dan mencerahkan kulit
  • Hyaluronic Acid – bahan untuk berikan hidrasi pada kulit tanpa kesan sampingan dan bahaya

Lepas Bersalin Boleh Guna?

Risiko kepada ibu dan wanita yang sudah bersalin juga masih ada.

Ini kerana, retinol yang dipakai turut ada kebarangkalian untuk diserap di dalam susu sekiranya menyusukan bayi secara langsung.

Untuk sebarang penggunaan derivatif Vitamin A dan Retinol amat digalakkan untuk berbincang dengan doktor dan pakar sebelum pemakaian untuk elakkan sebarang risiko.

Kenal Pasti Produk Terkandung Retinol

Bagi ibu dan wanita hamil yang masih risaukan kandungan mereka dengan pemakaian sebarang produk kecantikan amat penting untuk semak setiap bahan dalam produk yang digunakan.

Terdapat banyak nama lain bagi derivatif Vitamin A selain Retinol.

Ini adalah nama lain bagi retinol:

  • Retinyl Palmitate
  • Retinoic Acid
  • Retinyl Acetate
  • Retinaldehyde
  • Tretinoin
  • Isotretionoin

Penting untuk sentiasa baca dengan teliti setiap bahan dalam skincare korang. Sekiranya nama-nama dalam senarai di atas ada, sila elakkan!

Sekiranya korang baru nak mula pakai skincare dan tak tahu dari mana nak mula boleh baca artikel ini tentang asas skincare.