Search
Close this search box.

Cara Pakai Skincare Untuk Beginner

cara pakai skincare untuk beginner

Table of Contents

Moisturiser ke serum dulu?

Ya, ramai yang tak tahu asas skincare untuk penjagaan kulit muka.

Lagi pulak ada macam-macam produk dekat pasaran sekarang.

Sampai kita sendiri tak tahu mana satu nak cuba.

Artikel ini ditulis adalah bagi rujukan beginner dalam dunia skincare. 

Bersih, Lembap dan Lindung

Nak mula pakai skincare ni tak perlu ikut rutin skincare yang rumit.

Cukup hanya fokus pada 3 perkara asas:

  • Step 1: Bersihkan dengan Cleanser 
  • Step 2: Lembabkan dengan Moisturiser
  • Step 3: Lindung dengan Sunscreen

1/ Cleanser

Fungsi Cleanser adalah untuk buang segala kotoran, minyak dan makeup setelah kita seharian di luar.

Cleanser juga berfungsi untuk membersihkan pori-pori kulit. 

Pori yang bersih bertindak seperti span yang akan lebih efektif menyerap bahan-bahan dari skincare yang kita guna.

Kriteria cleanser yang baik:

  • Cleanser yang tak buat kulit muka jadi kering, tegang atau menggelupas selepas dibilas
  • Mempunyai nilai pH yang hampir dengan pH kulit (pH 5.5) kebiasaan adalah gentle cleanser

2/ Moisturizer

Kulit kita mempunyai lembapan semula jadi yang menjadi pelindung dari macam-macam masalah kulit.

Kulit yang terlalu kering atau berminyak akan senang untuk dapat jerawat dan rosak.

Moisturizer akan bertindak untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjaga skin barrier kita.

Kulit yang lembab akan mempercepat proses pemulihan kulit dan penghasilan sel-sel kulit yang baru.  

Kriteria moisturizer yang baik:

  • Mengandungi bahan aktif yang melembabkan seperti hyaluronic acid, glycerin, ceramides, dimethicones 
  • Elak kandungan fragrance terutama untuk yang mempunyai kulit sensitif
  • Non-comedogenic tidak menyumbat pori kulit
  • Tidak membuat rasa stingging effect atau pedih pada kulit

3/ Sunscreen

Untuk cuaca macam di negara kita yang selalu terdedah dengan terik matahari sunscreen adalah rutin yang sangat penting.

Cahaya matahari boleh dedahkan kulit kita pada sinaran UV yang akan tingkatkan risiko kanser kulit, penghasilan minyak berlebihan, percepatkan proses penuaan dan tambah dark spot pada kulit yang susah untuk dihilangkan.

Kriteria sunscreen yang baik:

  • SPF30 ke atas untuk kegunaan harian
  • Gunakan SPF50+ sekiranya terdedah kepada matahari dalam jangka masa yang lama
  • Berikan perlindungan dari UVA dan UVB – broad spectrum
  • Mempunyai UV filters seperti i) Physical/Mineral – zinc dioxide atau titanium oxide ii) Chemical – Oxybenzone, avobenzone atau octocrylene
  • Non-comedogenic sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat
  • Sesuai untuk semua tona warna kulit kebiasaan dikategorikan sheer atau invisible sunscreen

Rutin AM & PM Sama?

Untuk beginner digalakkan untuk konsisten pada rutin yang sama.

Rutin Siang (AM):

  1. Cleanser
  2. Moisturizer
  3. Sunscreen

Rutin Malam (PM):

  1. Cleanser
  2. Moisturizer

Penting untuk konsisten dengan rutin asas skincare mudah ini untuk membina skin barrier yang baik.

Bila skin barrier dalam keadaan baik barulah kita boleh fokus dengan skin concern yang diperlukan.

Cara Pilih Produk Skincare

Dah jelas tentang rutin asas skincare sekarang kita kena kenal jenis kulit muka sendiri.

Ini penting supaya produk yang kita pilih berkesan dan tak rosakkan kulit muka.

Setiap produk yang dipilih dalam rutin skincare perlulah product yang yang bersesuaian dengan jenis kulit sendiri.

Contohnya, jika anda punya kulit berminyak dan pilih moisturizer yang mempunyai kandungan minyak berat seperti coconut oil akan menyebabkan kulit muka lebih berminyak dan pori akan tersumbat dalam penggunaan jangka masa panjang.

Jenis Kulit Muka

  • Combination Skin – kawasan T (dahi, hidung, dagu) berminyak, tetapi di kawasan pipi sedikit kering
  • Oily Skin – Berminyak di serata kawasan muka
  • Dry Skin –  Kulit terasa kering dan flakey di sesetengah bahagian muka, tekstur kulit kasar dan terasa ketat
  • Normal Skin – Tidak mempunyai masalah seperti 3 jenis kulit yang di atas dan jenis kulit yang paling mudah untuk dijaga!

Kepentingan Basic Skincare Routine

Basic skincare routine sangat penting untuk beginner yang baru nak mulakan skincare.

Setelah dah terbiasa dengan asas skincare, banyak routine lain lagi yang boleh disekalikan untuk mengatasi skin concern yang lain sepertinya kulit sensitif, fungal acne, penuaan dan banyak lagi.