Kali ini aku nak share tentang satu lagi cara yang korang boleh gunakan untuk beli tiket flight ansuran. Kalau korang pernah baca artikel sebelum ni aku ada share beberapa cara lain untuk beli tiket flight secara ansuran.
Untuk yang masih belum baca, ini aku senaraikan artikel-artikel tersebut:
Ramai tak tahu yang Shopee jugak ada sediakan kemudahan paylater untuk beli tiket flight. Kemudahan yang diorang sediakan ini dipanggil SPayLater.
Kalau sebelum ini ramai orang cuma tahu untuk gunakan SPayLater bagi buat pembelian barang-barang menerusi Shopee sahaja. Tetapi sekarang tiket flight pon korang boleh beli menerusi Shopee.
Tetapi sebelum korang boleh beli tiket flight guna SpayLater, kena pastikan dulu SpayLater korang dah diaktifkan.
Cara Aktifkan SPayLater Shopee
Kalau korang belum aktifkan SpayLater boleh ikut cara-cara di bawah untuk aktifkan:
- Pergi pada tab “Me” di dalam aplikasi Shopee
- Tekan pada butang “Activate Now”
- Masukkan One-Time Password yang akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan di Shopee
- Teruskan mengisi nombor kad pengenalan serta informasi yang diperlukan
- Mulakan “Facial Verification” dan Spaylater Shopee korang dah diaktifkan
Step by Step Untuk Beli Tiket Flight di Shopee
Untuk pengetahuan korang, tak ramai yang tahu Shopee juga ada tawar