Ramai yang tak tahu kepentingan sunscreen dalam basic skincare.
Kalau tak pakai skincare, semua produk yang korang pakai dekat muka membazir.
Fungsi sunscreen adalah bertindak sebagai lapisan yang melindungi kulit korang daripada sinaran matahari.
Kenapa sunscreen penting?
Jenis Sunscreen
Ada 3 jenis sunscreen yang ada dia pasaran. Iaitu:
- Mineral/Physical Sunscreen
- Chemical Sunscreen
- Hybrid Sunscreen
Setiap jenis susncreen ini mempunyai filter yang berbeza-beza.
Macam mana nak kenal setiap sunscreen itu adalah jenis sunscreen yang mana?
1. Mineral / Physical Sunscreen
Physical atau mineral sunscreen biasanya mengandungi 2 filter yang biasa digunakan seperti zinc oxide atau titanium oxide.
Kalau sunscreen yang mempunyai salah satu daripada dua bahan di atas dia adalah sejenis mineral sunscreen.
Orang biasanya kurang gemar dengan sunscreen jenis ini kerana meninggalkan kesan white cast.
Tona warna kulit akan menjadi lebih putih.
Sunscreen jenis ini berfungsi untuk memantulkan sinaran UVA/UVB.
2. Chemical Sunscreen
Chemical sunscreen mempunyai banyak jenis filter.
Antara filter yang biasa terdapat dalam chemical sunscreen adalah seperti oxybenzone, octisalate, octinoxate dan banyak lagi.
Chemical sunscreen ini mudah menyerap.
Ia berfungsi secara menyerap sinaran UVA/UVB dan menukarkannya menjadi haba.
Untuk pastikan sunscreen ini benar-benar berkesan, korang kena tunggu 15-20 minit untuk pastikan sunscreen ini menyerap sepenuhnya pada kulit.
3. Hybrid Sunscreen
Sunscreen jenis ini terkandung dua jenis filter dari kategore chemical dan mineral.
Seperti zinc oxide dan oxybenzane.
Hybrid sunscreen biasanya juga mengandungi antioksidan dan bahan menenangkan bagi kulit seperti aloevera atau vitamin E.
Ia mudah menyerap dan sesuai untuk kegunaan harian.
Juga sesuai untuk korang yang pakai make up. Make up takkan bercapuk.
Cara Pilih Sunscreen
Sunscreen adalah satu daripada rutin wajib dalam basic skincare.
Jadi pilih sunscreen yang bersesuaian dengan jenis kulit sangat pentingn untuk pastikan perlindungan yang menyeluruh dan kulit muka kekal sihat.
1. Kulit Berminyak
Untuk korang yang kulit berminyak disarankan untuk cari sunscreen yang lightweight.
Cari sunscreen yang oil-free supaya tidak menyumbat liang pori muka korang dan menyebabkan jerawat tumbuh.
2. Kulit Kering
Kulit kering memang tidak mempunyai minyak semula jadi. Ia sangat mudah untuk mengalami iritasi atau kelihatan kusam.
Bagi yang mempunyai kulit kering amat digalakkan untuk pakai sunscreen yang mengandungi bahan pelembap seperti hyaluronic acid, ceramide, glycerin dan Vitamin E.
3. Kulit Berjerawat
Bagi yang mempunyai kulit berjerawat, pemilihan sunscreen perlu lebih selektif untuk mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.
Bahan-bahan dalam kandungan sunscreen yang dipilih perlulah bahan yang non-comedogenic supaya liang pori tidak tersumbat, mempunyai tekstur gel atau air dan kalau boleh untuk cari sunscreen yang berikan finishing matte.