Jika anda ingin lari daripada kesibukan hidup di ibu kota, Melaka merupakan negeri pertama yang patut anda pilih. Melaka merupakan sebuah negeri bersejarah yang terdapat di Malaysia bahkan juga seringkali dikaitkan dengan nama Negeri Hang Tuah iaitu pahlawan terulung semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Fakta Menarik Tentang Melaka?
Fakta menarik tentang negeri Melaka ialah pengisytiharan Melaka sebagai sebuah Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008 oleh UNESCO iaitu merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan bertujuan untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan melalui mempromosikan kerjasama antarabangsa menerusi bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Apa Yang Boleh Dilakukan Di Melaka
Melaka ada segalanya yang anda perlu! Terdapat banyak tarikan pelancongan yang ditawarkan. Antaranya adalah:
1. Melaka Jonker Street

Merupakan pusat bagi Chinatown dan merupakan sebuah pasar yang besar dan membolehkan anda membeli apa sahaja yang anda mahu! Pasar Jonker Street akan sentiasa dipenuhi dengan orang ramai sama ada pada hari minggu ataupun hujung minggu.
2. Christ Church Melaka

Merupakan sebuah gereja yang bina oleh pihak Belanda semasa zaman penjajahan mereka di Melaka. Struktur bangunan yang unik dan penuh bersejarah menjadikan ianya sebagai sebuah tarikan yang perlu dilawati semasa berada di Melaka.
3. Taman Tema Air Melaka Wonderland

4. Melaka River Cruise

Di Melaka juga anda boleh merasai pengalaman menaiki River Cruise di sepanjang sungai Melaka. Sepanjang perjalan melalui sungai Melaka ini anda akan diceritakan tentang bangunan dan sejarah yang terdapat pada bangunan dan lokasi di sepanjang Sungai Melaka. Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini adalah pada waktu malam di mana anda akan dapat melihat suasana yang cantik di bantu oleh cahaya lampu pada bangunan dan kedai-kedai di sepanjang Sungai Melaka.
5. Menara Taming Sari
Menara Taming Sari menjadi symbol kepada lagenda Melaka iaitu berkaitan dengan pahlawan terulung Melaka iaitu Hang Tuah di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berketinggian 110 meter, menara ini membolehkan anda untuk melihat keseluruhan landskap bandar Melaka. Menara ini boleh menampung 66 orang pada satu-satu masa dan setiap sesi adalah selama 7 minit. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat landskap penuh bandar Melaka dan ambil gambar-gambar yang menarik!
Rasai Penginapan Hotel 4 Bintang Di Noble Resort & Hotel Melaka!

Fakta Mengenai Noble Resort & Hotel
- Novotel mempunyai lobi seluas 650 meter persegi yang menjadikannya sebagai hotel yang mempunyai lobi terluas dia negeri Melaka.
- Menyediakan sebanyak 351 bilik yang terbahagi kepada Superior, Eksekutif, Eksekutif Premier dan Suites yang bermula dengan kadar harga serendah RM198 bagi satu malam.
- Novotel Hotel juga menawarkan tawaran separuh harga bagi bilik kedua sekiranya pengunjung datang bersama dengan keluarga.
- 24-hour room service
- Web Corner
- Kid’s Corner
- Business Centre
- Premier Executive Lounge – Exclusive Access
- Fitness Centre (gym, swimming pool, sauna)
- Concierge Services
- Laundry & dry-cleaning services
- Indoor secured parking services
- 100% smoke-free environment
- 34-hour security & reception
- Express check-in and check-out
Bila menginap di hotel perkara yang paling penting bagi pengunjung adalah keselesaan dan dekorasi bilik hotel tersebut. Jom kita tengok macam mana agaknya rupa bilik di Noble Resort & Hotel.

Dekorasi bilik bagi Superior Room di Noble Resort & Hotel. Sememangnya moden dan kontemporari! Sangat selesa untuk berehat selepas penat seharian berjalan di bandar Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, televisyen, pembancuh kopi dan the, perkhidmatan WiFi, perkhidmatan bilik 24 jam, sudut kanak-kanak, pusat perniagaan, dobi dan 24 jam kawan keselamatan untuk keselesaan anda sepanjang bermalam di Noble Resort & Hotel serta persekitaran bebas asap rokok.
Kemudahan Lain Yang Terdapat di Noble Resort & Hotel Melaka


Sekitar pemandangan di kawasan kolam renang di Noble Resort & Hotel Melaka. Turut di sediakan kawasan permainan kanak-kanak di bahagian sudut kolam renang. Orang dewasa jangan gatal pergi main dekat situ pulak tau!
Noble Resort & Hotel Melaka sememangnya menawarkan anda pengalaman yang sangat bermakna untuk anda sekeluarga semasa menginap di sini dengan kesemua fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan Noble Resort & Hotel Melaka best rates online sekarang!