Chapters
Siapa Saya dan Laki Terok?
Saya mula menulis blog pada tahun 2017 dengan hanya menggunakan hosting percuma daripada Blogger. Awalnya blog saya cuma memfokuskan niche lifestyle sama seperti blog-blog lain yang banyak terdapat pada masa itu.
Laki Terok merupakan branding yang masih saya kekalkan sebagai nama dan domain blog saya sejak dulu lagi. Cuma kali ini saya fikir untuk mulakan semula blog secara serius.
Apa Pencapaian Blogging?
Dulu banyak peraduan berkaitan penulisan artikel di blog. Hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan. Sepanjang saya menulis blog, saya pernah menang beberapa hadiah utama bagi beberapa kontes daripada online platform yang terkemuka seperti Shopback, Traveloka dan banyak lagi.
Menerusi tulisan saya di blog, saya pernah dapat tajaan penuh percutian ke Tokyo, Jepun daripada Traveloka. Memang syok bila dapat berjalan secara percuma yang serba serbi ditanggung.
Kenapa Tulis Blog Semula?
Saya bermula menulis blog sekadar untuk suka-suka. Macam satu hobi. Dan hingga sekarang saya sedar yang passion untuk menulis blog itu masih lagi ada dalam diri saya.
Saya juga perasan yang tak banyak blog berbahasa melayu yang masih ada pada zaman sekarang. Jadi saya rasa terpanggil untuk restart berblogging dalam Bahasa Melayu dan pastinya akan memberikan informasi-informasi berguna kepada para pembaca bersesuaian dengan niche blog saya sekarang.
Cabaran Menulis Blog Semula?
Sebagai seorang yang dah agak lama tinggalkan penulisan di blog saya rasa agak janggal bila menulis semula. Mungkin ada banyak perkara yang saya perlu belajar untuk membuat penulisan yang engaging, santai dan menarik untuk menarik lebih ramai orang singgah ke blog saya.
Berkenaan dengan SEO juga saya perlu titik beratkan supaya setiap postingan yang saya hasilkan dapat berada di carian teratas pada browser.
Pembaharuan Pada Blog?
Banyak pembaharuan yang saya bawa untuk blog kali ini. Dari segi teknikal saya telah pindahkan blog saya daripada Blogger kepada WordPress. Saya suka WordPress sebab macam-macam benda saya boleh buat dengan WordPress. Dari segi layout blog dan editing, saya menggunakan Elementor Pro sepenuhnya. Sangat mudah dan tak pening kepala kalau nak dibandingkan dengan Blogger yang pada saya banyak ketinggalan jauh.
Kalau ada yang berminat untuk tahu cara-cara untuk pindahkan blog dari Blogger kepada WordPress tanpa ganggu status Google Adsense nanti saya akan kongsikan dalam satu post khas.
Ekspektasi Pada Blog Ini?
Untuk blog ini saya dah kecilkan kapasiti blog saya untuk fokus kepada niche travel. Saya akan menulis lebih banyak informasi berkaitan travel seperti destinasi menarik dalam dan luar negara, tips percutian, pengalaman percutian peribadi dan banyak lagi.
Matlamat saya untuk blog ini secara keseluruhan adalah untuk menjadi blog rujukan bagi semua orang yang merancang untuk pergi bercuti. Saya akan membuat postingan artikel berinformasi dengan lebih kerap.
Kesimpulan
Dengan ada blog yang saya sudah setkan layout yang lebih baik dan juga semangat yang baru. Saya berharap blog ini dapat saya kembangkan menjadi lebih baik dan berinformasi.
Terima kasih dan harap berjumpa di posting yang akan datang!